PENGENALAN

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyediakan visualisasi analitik data raya bagi start-up dan pembiayaan projek di bawah dana MOSTI dalam platform Dashboard MOSTI menggunakan Microsoft Power Business Intelligent. MOSTI juga telah membangunkan template data entry menggunakan MS Excel untuk mengumpul data pencapaian projek dan maklumat entiti penerima dana. Template menggunakan MS Excel ini merupakan kaedah yang kurang efektif kerana pengemaskinian perlu dibuat secara manual dan memerlukan masa yang banyak untuk proses pembersihan data (cleaning data).

Berdasarkan kekangan tersebut, MOSTI telah membangunkan sistem data entry bagi memudahkan pengemaskinian maklumat oleh pemberi dana dan agensi pembiaya. Sistem ini akan berintegrasi dengan Dashboard MOSTI bagi tujuan paparan visualisasi analitik data raya. Kebaikan sistem ini adalah seperti berikut:

  1. Memudahkan penyediaan pelaporan pemberian dana dan paparan visualisasi data merupakan data terkini serta sahih;
  2. Memudahkan proses pengumpulan data sebanyak lebih 6,000 projek daripada 9 pengurus dana;
  3. Mengurangkan human error semasa proses pengumpulan data; dan
  4. Pengurusan atasan dapat mengenal pasti entiti penerima dana yang menerima lebih daripada satu pembiayaan atau mengenal pasti pertindihan dalam pemberian dana melalui visualisasi data menggunakan platform Dashboard MOSTI.

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang masalah berhubung sistem ini, sila hubungi pegawai berikut:

  1. En Kamarul Arifin Bin Musa: 03-88858744; kamarularifin[at]mosti.gov.my
  2. En. Mohammad Farez Bin Mat Hasbi; 03-88858096; farezhasbi[at]mosti.gov.my
  3. En. Ridzuan Bin Mohamad Saharan; 03-88858104; ridzuan[at]mosti.gov.my